Saturday, June 13, 2009

Tips Dalam Memilih & Membeli Digital Camera

Bismillahir Rahmaanir Rahiim...

Beberapa minggu sblm ni, ana ada wat research pasal camera, cari info2 berguna pasal 'digital camera' ni di internet. ada kalanya cuba gak tanya member2 yg dah beli camera, bukan pe, nk tau feedback diorang je..

Disini, ana rumuskan beberapa tips tersebut utk dikongsi bersama:-


1. MEGAPIXEL - Megapixel (resolusi) tak berapa penting sgt, bawah 8M pun dah kira ok, biasanya, org akan set 6M je, kalau lebih dari tu, nanti 'Picture Size' akan terlalu besar (bayangkan satu pic, saiznya macam 1 mp3), kecuali kalau nak print pic yg besar2 spt nk buat banner ke apa2 ke.. boleh la pakai MP yg besar2, setakat nak cuci atau nak simpan dalam pc or album gambar, 6M dah cukup memadai. Lagi pula, sesetengah kamera tu, belum cukup stabil dengan MP yang besar, sbg contoh, kamera akan jadi lambat, kualiti pun mungkin terjejas, so kenalah cari kamera yang MP nya bersesuaian dengan prosessor yang terdapat di dalam kamera itu sendiri.


#Ada segelintir orang, katanya begini "makin tinggi megapixel, makin lawa laa qualiti gambar yg kita ambil". Ana nk habaq sikit nor, yg sebenarnya, semakin tinggi megapixel, semakin qualiti gambar kita, apabila kita print pic yg besar2... Ini yang betul. Setakat 6R ka 8R ka 10R ka.. 6M sudah memadai... Kalau anda seorang photographer, len laa... Wat pe nak membazir & bbangga2 dgn Megapixel yg besar2 tu???


2. ZOOM - Kalau anda suka function zoom pula, digalakkan perhatikan 'optical zoom' 5x ke atas, coz kalau 3x maybe anda tak cukup puas hati nanti. Kalau pakai digital zoom, gambar tak secantik optical zoom, so jgn mudah tertipu dengan digital zoom, digital zoom umpama kita crop gambar aje...


3. LENS - Cuba cari lens yg popular, seperti carl zeiss lens (ala.. cam model sony yg terbaru tu laa...) or... yg sama spesis dgn nya...hehe


4. APERTURE - Kalau leh, carilah aperture yg paling tinggi, selalunya lens yg aperture lebih tinggi, akan menambahkan lagi kecekapan utk shoot gambar pada waktu malam.


5. BATTERY - kalau sape2 yg suka masuk hutan ke, merayau ke, digalakkan guna bateri AA+ laa, coz sesak2 nnt, senang kita nak cari bateri kat kedai mana2.. (takyah nak cari elektrik nak cas2), lagi pun byk kedai kasi Rechargeable AA+ free masa kita beli kamera. kalau bateri kong, kita boleh beli dengan harga yang murah, tak macam bateri Rechargeable yang khas, harganya agak tinggi sedikit.


6. ISO - iso byk berhubung kait dengan noise, masa beli , cuba try main iso, jgn guna iso100 je , cuba gunakan iso200, 300, 400...buat perbezaan dengan kamera2 yang lain, tgk, yang mana kurang noise.


7. MATERIAL - Sesiapa yang lasak2 tu, dinasihatkan cari kamera yang body nya diperbuat dari besi tahan karat, hehe, tak kira la apa2 jenis material sekalipun, jgn plastik sudah la. ana pernah tgk olympus yg 'waterproof' nye, katanya, boleh masuk dalam air, coz kedai tu dah lama sgt rendam dalam air, ana tgk ada gak karat, itu baru air biasa, kalau air masin, cam ne..FIKIR2 kan lah??..so kalau nak beli yang leh masuk air tu, berhati2 sket.


8. PRICE - Dari segi harga, bawah 1000, dah blh dpt yg bagus, selalunya MP yg membezakan harga, macam ana cakap laa, MP tak penting, rugi laa kalau kita bazir kan duit hanya semata2 krn MP. Kalau selalu buat banner or potrait besar2, takpalah.


9. FLASH - Lampu flash, pilih yg pakai lampu Xenon flash atau flash2 yg kuat, sgt berguna utk shoot objek jauh diwaktu malam, kalau tak, cahaya tak sampai, objek akan jadi kurang cantik, atau dgn kata lain...'hodoh'...hehehe


10. SENSOR - Carilah sensor jenis CCD, krn sensor CCD mbuatkan gambar anda lebih berkualiti, tak tahu lah skrang, kot2, dah keluar sensor terbaru pulak....

11. AUTO FLASH - Kelajuan autofokus juga perlu diambil kita, semua org tahu, autofokus amat penting untuk menghasilkan gambar yang tajam.


12. MEMORY CARD - Jenis memory card yang digunakan juga penting utk kelajuan gambar disimpan dan dibaca. Kalau boleh, carilah memory card yang high speed & paling mudah didapati dgn harga yg murah.


13. Kita sendiri perlu memahami apa itu, Aperture, ISO, Shutter Speed & Metering, terutamanya bagi pengguna DSLR. Kalau berminat, boleh laa cari info kat wikipedia or.. other sources pasal benda ni.. Kerna, ia merupakan ASAS photografi...Tau???

Di bawah ni, ana sertakan beberapa model yg kira 'OK' laa utk di beli....

1. Canon PowerShot SX200 IS (RM 1550 + 8GB + mini tripod + canon umbrella)

2. Sony Cyber-shot DSC-T900 (RM 1370 + 4GB + mini tripod + RM30 petrol voucher)

3. Fujiflm FINEPIX F200 EXR (RM1199 + 4GB + mini tripod)

4. Canon IXUS 990 IS ( RM1350 + 4GB + mini tripod)

5. Olympus U Tough 8000 ( RM1279 + 4GB + mini tripod)

6. Sony DSC W170 (RM 999 + 4GB + mini tripod)

7. Canon IXUS 980 IS ( RM1250 + 8GB + mini tripod)

Sekadar suatu pendapat, tiada pengesahan dari sesiapa, berdasarkan pengalaman dan bahan bacaan. Jika ada yg TERsalah & TERsilap, tolonglah perbetulkan yaa..?? Wa ALLAHu Aa'lam...

3 comments:

  1. salam ukhuwah.. nice info, me baru je nak beli canon ixus 980 is.. tp masih tgh survey.. thanx

    ReplyDelete
  2. Salam. Saya dtg utk jwb soalah yg u kemukakan iaitu:

    Blh jelaskn cara nk atasi masalah air boring yg bbau?

    Jawapan:

    Senang je. U kena pasang penapis air di luar rumah.

    ReplyDelete