Saturday, June 13, 2009

Tips Dalam Memilih & Membeli Digital Camera

Bismillahir Rahmaanir Rahiim...

Beberapa minggu sblm ni, ana ada wat research pasal camera, cari info2 berguna pasal 'digital camera' ni di internet. ada kalanya cuba gak tanya member2 yg dah beli camera, bukan pe, nk tau feedback diorang je..

Disini, ana rumuskan beberapa tips tersebut utk dikongsi bersama:-


1. MEGAPIXEL - Megapixel (resolusi) tak berapa penting sgt, bawah 8M pun dah kira ok, biasanya, org akan set 6M je, kalau lebih dari tu, nanti 'Picture Size' akan terlalu besar (bayangkan satu pic, saiznya macam 1 mp3), kecuali kalau nak print pic yg besar2 spt nk buat banner ke apa2 ke.. boleh la pakai MP yg besar2, setakat nak cuci atau nak simpan dalam pc or album gambar, 6M dah cukup memadai. Lagi pula, sesetengah kamera tu, belum cukup stabil dengan MP yang besar, sbg contoh, kamera akan jadi lambat, kualiti pun mungkin terjejas, so kenalah cari kamera yang MP nya bersesuaian dengan prosessor yang terdapat di dalam kamera itu sendiri.


#Ada segelintir orang, katanya begini "makin tinggi megapixel, makin lawa laa qualiti gambar yg kita ambil". Ana nk habaq sikit nor, yg sebenarnya, semakin tinggi megapixel, semakin qualiti gambar kita, apabila kita print pic yg besar2... Ini yang betul. Setakat 6R ka 8R ka 10R ka.. 6M sudah memadai... Kalau anda seorang photographer, len laa... Wat pe nak membazir & bbangga2 dgn Megapixel yg besar2 tu???


2. ZOOM - Kalau anda suka function zoom pula, digalakkan perhatikan 'optical zoom' 5x ke atas, coz kalau 3x maybe anda tak cukup puas hati nanti. Kalau pakai digital zoom, gambar tak secantik optical zoom, so jgn mudah tertipu dengan digital zoom, digital zoom umpama kita crop gambar aje...


3. LENS - Cuba cari lens yg popular, seperti carl zeiss lens (ala.. cam model sony yg terbaru tu laa...) or... yg sama spesis dgn nya...hehe


4. APERTURE - Kalau leh, carilah aperture yg paling tinggi, selalunya lens yg aperture lebih tinggi, akan menambahkan lagi kecekapan utk shoot gambar pada waktu malam.


5. BATTERY - kalau sape2 yg suka masuk hutan ke, merayau ke, digalakkan guna bateri AA+ laa, coz sesak2 nnt, senang kita nak cari bateri kat kedai mana2.. (takyah nak cari elektrik nak cas2), lagi pun byk kedai kasi Rechargeable AA+ free masa kita beli kamera. kalau bateri kong, kita boleh beli dengan harga yang murah, tak macam bateri Rechargeable yang khas, harganya agak tinggi sedikit.


6. ISO - iso byk berhubung kait dengan noise, masa beli , cuba try main iso, jgn guna iso100 je , cuba gunakan iso200, 300, 400...buat perbezaan dengan kamera2 yang lain, tgk, yang mana kurang noise.


7. MATERIAL - Sesiapa yang lasak2 tu, dinasihatkan cari kamera yang body nya diperbuat dari besi tahan karat, hehe, tak kira la apa2 jenis material sekalipun, jgn plastik sudah la. ana pernah tgk olympus yg 'waterproof' nye, katanya, boleh masuk dalam air, coz kedai tu dah lama sgt rendam dalam air, ana tgk ada gak karat, itu baru air biasa, kalau air masin, cam ne..FIKIR2 kan lah??..so kalau nak beli yang leh masuk air tu, berhati2 sket.


8. PRICE - Dari segi harga, bawah 1000, dah blh dpt yg bagus, selalunya MP yg membezakan harga, macam ana cakap laa, MP tak penting, rugi laa kalau kita bazir kan duit hanya semata2 krn MP. Kalau selalu buat banner or potrait besar2, takpalah.


9. FLASH - Lampu flash, pilih yg pakai lampu Xenon flash atau flash2 yg kuat, sgt berguna utk shoot objek jauh diwaktu malam, kalau tak, cahaya tak sampai, objek akan jadi kurang cantik, atau dgn kata lain...'hodoh'...hehehe


10. SENSOR - Carilah sensor jenis CCD, krn sensor CCD mbuatkan gambar anda lebih berkualiti, tak tahu lah skrang, kot2, dah keluar sensor terbaru pulak....

11. AUTO FLASH - Kelajuan autofokus juga perlu diambil kita, semua org tahu, autofokus amat penting untuk menghasilkan gambar yang tajam.


12. MEMORY CARD - Jenis memory card yang digunakan juga penting utk kelajuan gambar disimpan dan dibaca. Kalau boleh, carilah memory card yang high speed & paling mudah didapati dgn harga yg murah.


13. Kita sendiri perlu memahami apa itu, Aperture, ISO, Shutter Speed & Metering, terutamanya bagi pengguna DSLR. Kalau berminat, boleh laa cari info kat wikipedia or.. other sources pasal benda ni.. Kerna, ia merupakan ASAS photografi...Tau???

Di bawah ni, ana sertakan beberapa model yg kira 'OK' laa utk di beli....

1. Canon PowerShot SX200 IS (RM 1550 + 8GB + mini tripod + canon umbrella)

2. Sony Cyber-shot DSC-T900 (RM 1370 + 4GB + mini tripod + RM30 petrol voucher)

3. Fujiflm FINEPIX F200 EXR (RM1199 + 4GB + mini tripod)

4. Canon IXUS 990 IS ( RM1350 + 4GB + mini tripod)

5. Olympus U Tough 8000 ( RM1279 + 4GB + mini tripod)

6. Sony DSC W170 (RM 999 + 4GB + mini tripod)

7. Canon IXUS 980 IS ( RM1250 + 8GB + mini tripod)

Sekadar suatu pendapat, tiada pengesahan dari sesiapa, berdasarkan pengalaman dan bahan bacaan. Jika ada yg TERsalah & TERsilap, tolonglah perbetulkan yaa..?? Wa ALLAHu Aa'lam...

Kem Motivasi Perdana UNITEN - FELDA 2009


Bismillahir Rahmaanir Rahiim...

Buat Adik-Adik abang di bawah ni:
1. Muhammad ZULHUSNI b Jain ------>(Ketua Kump 31)
2. Mohd Amirul HAFIZI b Rahman
3. Mohd ROHIL b Othman
4. Muhamad SAFUAN b Mohd Tahear
5. SYAZA Zahidah bt Safidin -----------> (Penolong)
6. Siti MAISARAH bt Normahadi
7. JUHANA bt Jazuli
8. NORAINI bt Hamidi
9. Nur SHAHIDA Shafira bt Mohd Jamil
10.Nur RAHIFAH bt Sukardi
11. Nor HAMIDAH bt Suhaimi


Abang ucapkan jutaan terima kasih krn adik-adik telah ditaqdirkan berada dlm kumpulan 31 abang yang sangat best lagi spotting habis. Jangan sesekali lupakan ukhwah yg kita semai bersama dalam Kem Motivasi Perdana FELDA-UNITEN 2009 yg lalu ni yaa... Moga ukhwah yg terjalin, akan terus subur di masa2 mendatang. Minta maaf sangattt kat adik-adik di atas kerana tidak dpt meluangkan masa sepenuhnya terutama sekali untuk adik-adik muslimat. "I'M SORRY!!!! ". Seperti yg adik-adik tau, abang diwaktu siangnya terpaksa mengikuti latihan industri dan hanya pada malam hari sahaja dapat meluangkan masa bersama adik-adik semua.. Namun, abg dapat hadir juga pada hari terakhir utk bersama2 adik2 semua... (Ambik cuti tu dik2!! semata2 nk tgk adik2 beraksi pada LDK terakhir tu.....hehe...)


Khas utk adik-adik smua....


Jika ada sebarang masalah pelajaran mahukan inginkan motivasi diri, insyaALLAH abang akan sedia membantu adik-adik sekalian (Sekadar termampu). Disini abg sertakan no phone (013-6248845) & E-mail (tuanmalik@yahoo.com) serta YM (ID: muhammad_chematzain)


Sepanjang 4 hari program (08 - 11 Jun '09) berlangsung, dengan hanya kekuatan tidak sampai pn 40 orang Urusetia dan Fasilitator yang diamanahkan untuk menjaga lebih 383 orang peserta anak-anak Felda tingkatan 4 seluruh semenanjung M'sia, Syukur kpd Allah SWT, krn telah memberikan kekuatan luar biasa kepada kami untuk menabur sedikit bakti buat adik-adik sekalian.


Ingatlah adik-adik ku, kami hanya membantu sedikit sahaja, namun yang menentukan haluan kamu semua adalah diri adik2 sendiri. Betapa sayangnya FELDA kat adik-adik, Dibawanya beberapa penceramah motivasi yang hebat-hebat lg "mantopp2" semuanya untuk menjadikan kamu semua insan yang berguna pada agama dan bangsa kelak.


Pada sesi kemuncaknya, telah dibawa pula Nik Nur Madihah (Pelajar Cemerlang SPM '08) ke Masjid UNITEN , tidak lain tidak bukan semata-mata untuk memberikan rangsangan motivasi & sebagai contoh teladan kepada adik-adik sekalian.


Pesan abang, adik-adik semua, jagalah hubungan adik-adik dengan ALLAH, ibu bapa dan juga guru-guru. Sama seperti apa yang telah Nik Nur Madihah lafazkan sebelum ni pada slotnya yg lalu. Jangan hampakan harapan mak ayah. Jadilah manusia berguna... Doa kami sbg ex-fasilitator mengiringi kejayaanmu untuk SPM 2010. Amin...


Semoga Bertemu lagi di masa-masa mendatang... InsyaALLAH....wa JazakALLAH!
(Gambar sekitar program akan diupdate dari semasa ke semasa)